Thursday, February 7, 2013

MISTERI CINTA SI DIA

Perasaan seseorang memang kita tak mampu untuk menduga, kadang-kadang jangkaan kita betul, kadang-kadang jangkaan kita salah pada seseorang. Kita berhak untuk mencari cinta kita. Ada masanya kita perlu memahami perasaan seseorang. Ada masanya seseorang perlu memahami kehendak kita. Kita inginkan seseorang fahami, hendaklah kita memahami mereka dahulu. Ada satu kisah yang ingin ku kongsi. Ceritanya berkisahkan seseorang gadis yang mungkin tidak mampu untuk memilih yang terbaik.

Sya, aku menyayangimu sedalam-dalam hatiku. Andai kau tahu isi hatiku, kan ku mekarkan cinta ini demi untukmu Sya. Walaupun ku tahu diriku tidak layak untukmu, kerana hatimu masih belum mampu untuk menerima cintaku ini. Aku sedikit pon tidak terniat untuk memaksa dirimu untuk menerima cintaku Sya. Kamu mempunyai ramai sahabat yang kamu sayang. Adakah mereka lebih kamu sayangi daripada aku. Fahmi, Afiq, serta Haikal.Mungkinkah kehadiranku hanya mengganggu hidupmu Sya. Alangkah baiknya jika kamu meluahkan segala rasa kepadaku. Dahulu, segalanya kamu menceritakan kepadaku. Tetapi setelah kamu mengetahui perasaanku, aku merasakan yang kamu juga cuba untuk menjauhiku. Tatkala aku menanyakan tentang perasaan, kamu terdiam tidak mampu terjawab dan mencipta alasan untuk tidak menjawab soalan itu.

Aku hanyalah manusia biasa yang tak pernah lepas dari khilaf, mungkin dalam perkenalan kita, aku ada melukakan hatimu, maafkanlah diriku sekiranya hatimu terguris wahai gadisku Sya. Hatiku sering tertanya-tanya, siapakah yang kamu sayang, siapakah yang kamu cinta, siapakah yang kamu rindu, dan siapakah yang kamu kasih? Pernahkah namaku tersenarai didasar hatimu Sya. Aku sememangnya tidak mengharapkan apa-apa balasan darimu Sya, tetapi tidakkah kamu terfikir untuk berkorban seperti apa yang telah ku korbankan kepadamu Sya. Hem.... Aku tidak pasti dengan perasaanku, aku hanya mampu menyatakan yang aku menyintai serta menyayangi mu Sya.

Tudung purple yang ku beri, masih belum lagi ku tatap pemakainya. Adakah pemakainya wujud? Atau benda alah itu hanya disimpan didalam locker dan disemadikan seperti tiada siapa yang tahu ia wujud. Alangkah indahnya jika aku dapat melihat pemakainya memakai hadiah yang tidaklah seberapa itu supaya ku tahu kamu menghargaiku Sya. Hem..... Adakah aku layak dihargai Sya?? Siapakah aku dihatimu Sya?? Fahmi muncul menggembirakan mu Sya. Afiq muncul banyak memberikan kebahagiaan kepadamu Sya. AKU?? Mungkin tidak memberi apa-apa makna kepadamu kan Sya?? Aku hanya mampu memberi layanan yang baik sahaja kepadamu Sya. Aku bukanlah berharta, juga tidaklah mempunyai rupa paras yang dapat menceriakan hidupmu selalu Sya. Aku tidak pernah jangka semua ini berlaku. Mengapa aku mencintai gadis yang sudah mempunyai teman hidup malah mempunyai ramai orang yang disayangi.

Arggghh... Aku tidak mampu mengawal emosi ku.. Tetapi kata-katamu Sya untuk ku tidak beremosi masih terlekat difikiranku.Aku cuba untuk mengawalnya. Tetapi mengapa kamu sering menguji ku. Dalam tidak sedar, kamu cuba mengguris perasaanku. Apakah keistimewaan mereka Sya?? Kenapa mereka mendapat layanan lebih daripada ku? Adakah mereka yang lebih kamu sayangi? Hem... “Itu hak Sya” aku tidak mampu berkata apa-apa setelah ku mendapat jawapan itu. Beginilah nasibku, ingin ku menyesali perbuatanku. Sudah tiada berguna lagi. Perasaan yang hadir sukar ku hilangkan dengan cepat. Sya, aku terpaksa biarkan kamu dengan duniamu. Maybe setelah kamu baca kisah ini, kamu akan mengerti perasaan kasih dan sayangku kepadamu Sya. Aku tidak mengharapkan apa-apa darimu, tetapi hanya sekadar untuk faham perasaan ku sahaja Sya. Mengertilah bahawa aku terlalu mencintaimu.

Aku akan cuba menjauhimu Sya, supaya kamu tidak serabut untuk memikirkan keadaan serta kesihatanku. Maafkan aku kerana melakukan ini. Ini untuk kepentinganmu jua. Aku tidak akan cuba untuk mengganggu fikiranmu lagi. Berfikirlah sebaik mungkin. Kerana ku tahu, kamu adalah gadis yang mempunyai terlalu banyak misteri tentang cintamu itu Sya. Memang sukar untuk menilai mu Sya. Tetapi telah ku tahu segala gerak geri mu itu, dan ingin ku menyatakan, bahawa aku sudah terlanjur mencintaimu, dan aku tidak akan berpatah balik untuk berhenti menyayangimu.

SYA... BERGEMBIRALAH C( ^_^ )D.. SEMOGA BAHAGIA

Wednesday, February 6, 2013

CINTA RAZAK

Razak seorang lelaki yang biasa. Hidupnya normal seperti orang lain. Dia mempunyai kekasih bernama Syahira. Dia amat menyayangi kekasihnya. Apa sahaja yang kekasihnya inginkan, pasti dikotakannya. Cinta Razak pada Syahira amat besar lagi tebal. Tapi malangnya Syahira ni seorang yang keras kepala. Apa yang razak buat, hampir semuanya tidak benar dimata Syahira. Razak hanya mampu bersabar dengan kerenah Syahira.

Suatu hari, Razak mengajak Syahira keluar untuk makan tengah hari di tempat kesukaannya. Tetapi ditolak Syahira atas alasan tidak suka keluar bersama. Ucapan itu membuat hati Razak terkedu lalu terkilan dengan Syahira. Mereka sering bertengkar. Sepertinya mereka kurang serasi bersama. Razak hanya mampu bersabar kerana terlalu menyayangi Syahira. Pernahkan Syahira berfikir akan pengorbanan Razak. Syahira hanya tahu menyalahkan Razak sahaja.

Pada tanggal hari lahir Syahira, Razak sedang sibuk. Tetapi masih mengingatkan tentang hari lahir Syahira. Sebelum Razak ke kerja, dia sempat mengirim sepucuk SMS, yang bertulis "Syahira yang abg sayangi, abg terlalu menyayangimu, tapi mengapa kamu sering menyalahkan apa sahaja yang abg lakukan, tidakkah kamu menyayangi abg? Atau kamu tidak pernah ada perasaan pada abg?" dengan perasaan hampa dan sedih, Razak mengirim mesej itu.

Syahira hanya endah tidak endah dengan kiriman Razak itu tadi. Razak hanya mendiamkan diri dan menerima segala ujian dari tuhan tentang kekasihnya itu. Adakala Razak merasa gembira kerana kehadiran Syahira disisinya, adakala juga Razak merasa pilu atas layanan Syahira padanya sebegitu rupa. Difikirannya, adakah Syahira benar-benar menyayangi Razak. Mungkin Syahira tidak pandai menjaga hati seseorang, atas sebab tiada pengalaman, Razak memujuk dirinya agar tidak memikirkan negatif tentang Syahira.

Seminggu Razak mendiamkan diri, Syahira masih keras kepala. Tiba-tiba Syahira terdetik untuk menanyakan hal Razak, lalu Syahira memandu untuk berjumpa Razak dirumahnya. Alangkah terkejutnya Syahira apabila melihat Razak keluar dengan perempuan lain. Cemburu Syahira mulai terasa. Razak disergah oleh Syahira lalu menampar Razak sambil menangis. Mengapa Razak sanggup melakukan hal ini pada Syahira. Razak hanya berlalu tanpa berkata apa-apa. Syahira mengejar Razak sambil bertanya, "Abg, abg mungkir janji dengan saya, abg cakap abg sayangkan saya, tetapi mengapa abg curang dengan saya?"

Razak membuka mulutnya dan berkata dengan nada hairan "SIAPA AWAK? PERNAH KITA BERJUMPA?". Kata-kata Razak membuat hati Syahira terluka. Syahira terus pulang ke rumah sambil menangis teresak-esak. Segala kenangan Razak bersama Syahira terlintas difikirannya. Syahira mengambil keputusan untuk melupakan Razak. Tetapi tidak berhasil, cinta dan sayang Razak pada Syahira baru dirasainya setelah menangiskan Razak. Syahira menyesal atas perbuatannya kepada Razak. Syahira tidak menghargai kasih sayang Razak.

Seminggu berlalu,tetapi Razak masih bersama perempuan itu, membuatkan hati Syahira lebih sakit. Syahira lantas berjumpa Razak, sambil menangis dan merayu. Syahira menyatakan yang dia menyesal atas perbuatannya dan berjanji tidak akan mengulangi lagi kesalahannya. Razak masih tidak mengendahkan Syahira. Syahira berkata,

"Abang, saya tahu saya banyak silap dengan abg. Abg pernah cakap manusia tak semua sempurna dan tak pernah lari dari silap, saya sedar saya silap, tak layan abg macam yang abg nak, tak hargai kasih sayang abg, saya sedar saya keras kepala. Apa yang abg cakap saya hanya tak endah, saya sedar banyak salah saya pada abg. Abg hukumlah saya. Saya terima, tetapi abg kembali dalam hidup saya. Saya merayu pada abg"

Razak tersenyum mendengar kata-kata Syahira. Razak pulang kerumah dengan senyuman tetapi Syahira pulang dengan tangisan. Keesokannya, perempuan yang selalu bersama Razak datang bersama Ibu Razak membawa satu rombongan. Syahira mula terkejut sambil hairan. Syahira menjemput mereka naik kerumah. Perempuan itu menyatakan bahawa mereka membawa rombongan meminang. Syahira berasa hairan dan bertanya, "Siapakah kamu? kenapa kamu selalu bersama Razak?".

Perempuan itu tersenyum dan memberitahu Syahira yang dia adalah ibu saudara Razak dan dia sentiasa bersama Razak hanya sekadar untuk menyiapkan barang-barang meminang dan berkahwin akan datang, Razak hanya ingin membuat kejutan pada Syahira. Alangkah gembiranya Syahira mendengar penjelasan itu. Dalam masa yang sama, Syahira merasa dirinya masih lagi dihargai dan disayangi. Akhirnya mereka selamat diijab kabulkan. Alhamdulillah..

SEKIAN..

TULISAN : KRULE

Tuesday, February 5, 2013

ADAKAH DIA MASIH MENERIMAKU?

AL-KISAH

Pada suatu saat di alam suasana belajar, seorang pelajar yang bernama Syahrul memulakan pengajiannya di kolej matrikulasi berdekatan dengan kampungnya. Dengan satu azam yang membara dalam diri Syahrul, dia menguatkan semangatnya untuk meneruskan alam remajanya dengan belajar, setelah selesai menduduki peperiksaan SPM. Hidupnya penuh dengan gembira setelah mempunyai ramai rakan baru. Setiap hari dia akan menghadiri kuliah serta tutorial bersama rakan-rakannya.

Sewaktu minggu penyesuaian pelajar baru, dia dengan terkejutnya dikejutkan dengan kedengaran namanya disebut berulang kali untuk menganggotai persembahan pada penghujung minggu tersebut. Dalam terkejut, ada gembiranya kerana persembahan yang harus dilakukannya adalah persembahan yang dia pernah sertai dalam pertandingan ketika dia berada dialam persekolahan dahulu. Dia berlatih setiap hari bersama anggota-anggota yang baru dikenali. Dia mula gembira dengan latihannya.

Petang pada pengakhiran minggu tersebut, dia bersama rakan seperjuangannya menyembahkan persembahan tersebut yang dikenali sebagai persembahan tarian. Mereka mempersembahkan dengan jayanya serta berakhir dengan gembira. Minggu tersebut sudah berlalu begitu pantas sekali. Menjelang bulan tujuh, dua bulan dari hari mereka menyuaikan diri, Syahrul mula mengenali seorang sahabat yang bernama Syaza (salah seorang dari ahli tarian). Pada mulanya mungkin mesra perkenalannya.

Hari demi hari, Syahrul sudah mula jatuh hati pada Syaza. Tetapi Syaza tidak mengetahuinya. Keesokannya Syahrul yang pemalu memberanikan diri untuk bertanya adakah Syaza sudah berpunya. Malang hari Syahrul kerana dia mengetahui bahawa Syaza sudah mempunyai teman lelaki dan sudah hampir 5 tahun perkenalan mereka. Syahrul yang hampa cuba tabahkan hati. Dalam kesedihan, Syahrul masih lagi berkawan dengan Syaza, tetapi sikap Syahrul mula berubah menjadi seorang pendesak, yang membuatkan Syaza tidak selesa dengan Syahrul. Syaza cuba menjauhkan diri daripada Syahrul. Syahrul pula terus mendesak si Syaza tanpa dia sedar kesilapan dan kekhilafannya itu.

Sampai suatu masa Syaza menghilangkan diri. Syahrul sudah mula gundah dan tidak senang hati sambil terus menerus menghubungi Syaza. Tiada juga balasan. Dia amat sedih dan cuba berdiam diri, dalam berdiam diri, satu pesanan ringkas tiba di telefon bimbitnya. Pesanan ringkas tersebut mengejutkan dia bahawa ayat yang terkandung didalam pesanan tersebut ialah 'Syah, sy sgt kecewa dengan kamu, mengapa kamu terus mendesak sy, sedangkan sy bukan kekasihmu, sy xsangka kenal dengan kamu y suka mdesak sy. sy benci kamu. sy xnk kamu dekati sy lagi, salam'..... Syahrul kesedihan dan merenung keseorangan...

Lima minit kemudian, tiba sepucuk pesanan ringkas lagi daripada sahabat Syaza yang cuba untuk mencuci otak Syahrul. Syarul juga terkejut dengan pesanan yang berayatkan 'Kamu ni Syah, xpatut kamu begitu sama Syaza, dia menyukaimu sebagai kawan, xperlulah kamu mendesak dia, kamu xmalu ka pada dia, dia sudah berpunya, jangan la kamu cuba untuk merosakkan hubungan dia sama kekasihnya... Sekarang kamu lihat, kamu sudah hilang seorang kwn... Fikirkanla'... Hati Syahrul mula hiba dan terharu mendengar kata-kata Syaza dan sahabatnya. Syahrul mula meminta maaf kepada Syaza. Tetapi tiada balasan.

Keesokannya Syahrul dikejutkan dengan panggilan yang tidak dikenali. Kedengaran suara lelaki. Yang lebih memeranjatkan lagi, suara tersebut menjelaskan bahawa dia ialah kekasih Syaza. Serta memohon Syahrul untuk tidak mengganggu Syaza lagi. Syahrul mula pasrah dan hampa serta menyesali semua yang telah dilakukannya. Sejak dari itu, Syahrul mula bermuram dan bermasam muka. Tiba dikelas Syahrul menghiasi senyumannya dalam kesedihan agar rakan2 yang lain tidak mengesyaki bahawa Syahrul mempunyai masalah. Syahrul meneruskan hidupnya keseorangan dan kehilangan sahabat rapatnya ketika dahulu...

Syahrul mula berfikir, 'Kalaulah masa boleh diundur, xakan ku lakukan seperti itu... Aku menyesal kerana menyakitkan hati dia.... Alangkah indahnya jika dia dapat menerima persahabatan aku dengannya semula dan akan ku jaga sebaiknya tapi apakan daya, masa sudah berlalu pergi.... Dia mungkin sudah lupakan aku'

Hidup Syahrul dipenuhi rasa sedih dan bersalah atas kesalahan dan kekhilafan dia. Dia cuba untuk berubah dan menunggu Syaza kembali menjadi sahabatnya dan dia telah menukar perasaan cintanya kepada sahabat sahaja, dan berharap semoga Syaza dapat menerima perubahannya itu..

SYAHRUL : ADAKAH DIA MASIH MENERIMAKU SEBAGAI SAHABATNYA???

TULISAN : KRULE