Wednesday, December 11, 2013

FATIN ATHIRAH

Alamak, dia dah baca la esei 350 patah perkataan sy kat blog ni.. hahaha, malu la pulak rasa tiba2 sebab xsempat nak padam hari tu, dengan intenet kat sini slow, malas nk tether dr fon, huhu. Ingatkan dy dah xbukak blog sy, rupanya dia masih teringat nak bukak blog sy, ayoyoyo, nak sorok pon dah kantoi yang sy sedang tunggu dia, hurmmm, hehehe. tapi x apelah, xsalah dia tau perasaan saya pd dia, FATIN ATHIRAH, nama yang sangat indah didengar dan disebut, kenapa ye hati sy sentiasa berdegup laju bila dengan awak, dan sy sentiasa tersenyum bila teringat awak, kecomelan kebudak2an awak tu menarik minat sy pada awk, macam mana sy nk gambar kan ye, awak terlalu menarik bg sy, walaupun belom pernah kita bersua muka tapi sudah sy tau yang awk begitu menyempurnakan hari sy y sudah lama kelam. hahaha, bermadah pujangga pulak dah sy, awak tau, awak sekarang dah lekat dengan fon, kenapa ye agak2? Agak2 awak dah rasa kosong ke bila sy xde? atau awk dah rasa awk sentiasa perlukan saya. HEHE keep it secret tau awak kalau ianya apa y sy sangka.

Hehe, rasa bahagia bila awak cakap nak beri peluang untuk sy enter ur heart, huuuuu terasa diawang2an sebentar memakai takekopta doraemon, hahaha.. tapi segera sy klua dari lamunan dan memberi pesan pada awak bahawa sy belum ready utk peluang tu, maksud sy, lepas kita face to face seeloknya peluang tu diberi kepada sy, supaya awak xsilap buat pilihan, tp rase mcm rugi jugak tolak tadi, hahaha. sebab itu y sy inginkan, tp xperlu didesak sangat takot ianya bakal sementara sahaja, jadi sy sendiri xtahu nak decide macam mane, cume apa y sy rase kalau dalam hati awak dah terukir nama sy, lebih elok jika ia kekal dan terus kekal, xperlu peluang kerana jika awak benar2 bersedia terima kekurangan sy, awak xakan beri peluang kepada orang lain, walaupun awak belum beri peluang pada sy sebelum kita face to face. Hee. happy la hari ni awak,sungguh sy happy sebab awak ada dengan sy walaupun sekejap, hmmmm. adakah ia akan kekal? atau kegembiraan ni akan berakhir satu hari nanti? Ira, am rasa am sedia terima kelemahan ira, bg am, am xkesah rupa paras ira, kalau hati ira dah ada am, am sedia segalanya untuk ira. 

Am doakan hubungan kita berkekalan kalau kita ada jodoh. Ira tau x, sekarang hari2 am semakin ceria bila ira ada, am dah kembali tersenyum macam dlu, kembali bersemangat, kalau dulu, lemau je macam biskut kering lepas cicah air panas, lembik je sebab x ada pendamping, tapi sekarang bila ira selalu ada dengan am walau ira x on time reply pon am still ready wait for u, serius am xpernah rasa itu. huhu, sekarang ni pon, nak tido am rase nak tido selepas ira tido, sebab am nak sentiasa teman ira, am nak sentiasa ada dengan ira bila ira perlukan

Tapi am tau, satu hari nanti pasti akan ada penghalang hubungan kita, kalau ia akan berlaku, am cuma nak ira tau y am dah mula sayang ira,am nak ira tau y ira dah ada dalam hati am. Then masa tu am terima apa je y berlaku pada hubungan kita.

Ira, am rasa macam nak bg lirik lagu rindukanlah je kat ira, hee.. Ku benar benar sayang, pada dirimu oh kasihku, jangan lah engkau ragu pada diriku.. Hee, ira ada cakap jangan putus asa untuk suka ira, insyaallah am xkan putus asa suka ira mulai hari ni, n am terima cara ira seadanya y mana ira cakap xbleh nak ungkap selagi belum jumpe, n insyaallah cuti nanti am balek jengka, jumpe ira. Maybe it will be the last memory for both of us. sebab ira pon dah nak pindah uitm xlama nanti, am harap kalau mase tu ira dah ade perasaan kat am, jage ia baik2.. am pon akan jage perasaan kita sebaiknye.. insyaallah, tapi lepas kite jumpe nanti, kalau ira nak simpan perasaan ira kat am pon xpe, xnk bg peluang pon xpe, sbb am rasa uitm kat joho nanti mungkin ada lagi y lebih baik untuk ira, mase tu am sedia undur diri kalau ira dah berubah arah. perasaan xboleh dipaksa2, jika ia nak pergi, benarkan ia pergi, jika ia nak datang, benarkan ia meresap kedalam hati.

Sampai sini dulu untuk cerita pagi2 buta ni, hee.. I THINK IM FALL IN LOVE WITH U, FOR BEFORE, NOW, TOMORROW, THE DAY AFTER TOMORROW, THE DAY THAT WILL COME AND FOREVER.

Kalau awak pon rasa y same ira, Keep it secret.. hehehe.. trademark kite.. KEEP IT SECRET..

Satu kata-kata untuk kali ni,

"KEBAHAGIAAN X AKAN HADIR JIKA PERASAAN DIPAKSA2, TETAPI DENGAN PAKSAAN KADANG KALA MENDATANGKAN KEBAHAGIAAN"

TULISAN : KRULE

Thursday, November 21, 2013

HANYA AWAK

awak, betul ke awak xde perasaan kat sy? hmmm. sy pasti x ada, sebab awak hnya ada perasaan kat lelaki tu je. sy cuba utk lupakan awak ira, tapi sy rasa mcm xboleh pulak. sy cuba untuk xchat dengan awak, tp sy rasa kosong kalau shari xkacau2 awak, adakah sy pulak y dah jatuh cinta kat awak ira? tp tu la, ht awak xmampu untuk terima saya, sy yakin itu. mungkin sebab sy xada ciri2 lelaki y awak suka kan, jadi ape y sy pk selama ni betol la y awak memang suke someone y lain, n awak xmampu izinkan sy untuk masuk dlm hati awak, sebab mungkin awak takot terluka. Begitu juga dengan sy, sy sangat takot untuk kembali bercinta, sbb sy takot diri sy ditinggalkan, jadi semalam sy lepaskan rasa melalui lgu tetap menantimu dan upload di utube, tapi sampai bila ye sy mampu untuk tunggu awak. awak tanya itu juga pada sy, sy hny mampu jawab smpai orang y sy suke tu ada pakwe. 

Jawapan tu sy sangat x rela untuk keluarkan, sbb sy hny nk awak faham y sy hny suka awk, tiap kali sy chat ngn awk saya rasa berdebar sangat, xtau kenapa, sebelum ni sy x rasa mcm ni, hmmm. sy xpasti itu perasaan apa, tp ada masa jugak tiap kali sy chat awk, sy sentiasa rendahkan diri, sbb sy tau awak hanya anggap sy sbg kawan sj, xlebih dr tu, kalau la awak tau mcm mane sy rase sekarang, mesti awak akan menjauhkan diri dari sy, sy izinkan awak untuk pergi jika hati awak kata y awak memang xkan mampu untuk terima sy. awak pergi la k, tidak perlu untuk reply sebarang sms or chat sy, sy akan faham sejurus itu berlaku. 

hmmmm, macam mana ye kalau sy dh xchat awak terus secara tiba2? agak2 awak ingat sy x? agak2 awak akan rase kehilangan sesuatu x ye? hmmm hati sy kata x, awak xkn ingat kt sy, sbb sy hanya bayang2 awak y muncul tiba2 dan pergi tiba2, tp sebaliknya dengan sy, bila awk y xreply chat sy, sy rase xtentu arah. Boleh mati sy macam ni kalau asyik fikirkan awk je, hmmmm. tapi sy sangat yakin y sy ni bertepuk sbelah tangan, awak xperlu risau k, lama2 nanti sy mampu untuk terima hakikat y awak bukan untuk sy, sy akan pastikan itu berlaku sbb sy dh xdaya nk tahan hati sy asyik menagih kasih seseorang. tiap malam sy merasa sedih, sebab sy merasa diri sy ni xdisayangi, kenapa x ada y faham perasaan sy, kenapa hati saya perlu dilukai, kenapa orang y sy suke, ada lagi y suke kt dy. kenapa orang nk rampas sesuatu dari sy. hmmmm.

sy bukan nak menagih simpati melalui blog, tp sy xtau nk luah kat sape, jadi pada blog lah sy mampu untuk cerita segalanya.. awak, mungkin awk xtau cerita ni, tp sy yakin y awk xkn bace blog ni kalau sy xbgtau ada cerita baru. awak, kalau lepas ni, sy dh xchat awk, sy harap awk cr blog ni k, sy suka awk. tp sy tau, sy xkn dapat seperti mana y sy bg. maksudnya sy suka awk, tp sy yakin y awk hny suka sy sbg kawan. n awak, kalau sy dh xchat awk, n lepas awk bace blog ni, sy cuma nak bgtau awak y sy mungkin xkn kacau awk macam biasa dah, sebab sy takot makin lama sy chat awk, makin kerap sy chat awk, makin jatuh hati sy dekat awk, makin terluka hati sy bila dapat tau awk masih teringat laki tu, hmmmm. awak,sy dah xtau nak cakap apa, cuma ikhlas dari sy, satu hari nanti sy mungkin berputus asa untuk terus tunggu awak. sbb sy xkuat seperti y awak tau n kenal sy.

satu kata-kata untuk sy kongsikan bersama, 

"JANGAN SAYANG SAYA JIKA AWAK HANYA MAHU MELUPAKAN SESEORANG ITU, KERANA SATU HARI NANTI AWAK AKAN TINGGALKAN SAYA UNTUK ORANG Y AWAK SAYANG TADI"

sekian dari sy - Khairul Amin (AM)

TULISAN : KRULE

Sunday, November 10, 2013

HARAPAN HANYA HARAPAN


Bagaikan bertepuk sebelah tangan. Mengapa pepatah ini dikeluarkan? Pada hakikatnya kita memang boleh bertepuk tangan berserta bunyi, tapi atas plihan kita untuk kita bertepuk tangan dengan siapa. Jika sebelah pihak saja yang menghulurkan tangan, pasti tiada bunyinya, dan jika sebelah pihak saja bersedia menepuk, tiada juga bunyinya. Bunyi akan kedengaran jika kedua2 belah pihak menghulurkan tangan dan sebelah pihak lagi menepuk dengan sepenuh hati.


Pepatah ini membuatkan aku ingin menulis cerpen hari ini, kenape? hmmmm seperti y dijanjikan aku ingin menyambung kisah ku hari tu, wahhh tentang siapa ya? IRA YUMEKA kah? semestinya..... Okay tp hr ni punye kisah agak sedih, nk mengarang pon xde mood sebenarnya, tapi sbb dah janji dengan pembaca walaupun belom tentu ada pembaca untuk sambung cerita hari tu, jadi aku kuatkan diri untuk mengarang. Alkisah diri aku y menyukai si ira ni dalam diam. Tp mungkin salah ku membenarkan dia membuat keputusan nye sendiri, aku tahu y dia tahu aku suka dia. tapi aku izinkan dy untuk buat keputusan.


setelah keputusan dibuat, walaupun aku belum dapat jawapan, tp reaksi nya sudah ku kenal. sejak kebelakangan ni, aku chat dy dah xreply, aku tau dy cube melarikan diri dy daripada aku. hmmm, xapela, maybe dy xsuke aku rapat ngn dy. Jujur dari hati aku, memang aku suke dy, tapi jika tindakan dy melarikan diri dy dari aku, aku takda care lain, hanya mengundur diri dengan rela hati walaupun aku rase aku terpakse lakukan ni, sekadar berfikiran positif , mungkin dy ad someone y dy minat, dan org tu bukan lah aku. Wanita ni jika dy berdolak dalih dan mencari alasan itu tandanya dy xsenang dengan keadaan. jadi untuk pemahaman diriku, dy tidak menerima kehadiran aku dalam hidupnya.


Para pembaca, maafkan aku sebab aku kurang idea untuk bercerita hari ini, sekadar perkongsian sambungan cerita hari tu sj, dan maybe ini lah jawapan y ditunggu2 hari tu, jawapan nya bukan aku pilihan dy. 


AWAK, SAYA AKAN CUBA TIDAK HUBUNGI AWAK DAH K, SAYA YAKIN YANG AWAK XKAN RASE KEHILANGAN SAYA, SEBAB SAYA MUNGKIN BELUM WUJUD SBG ORG PENTING DALAM HIDUP AWAK LAGI. APA YANG SAYA NAK AWAK TAHU, SAYA PERNAH MENYUKAI AWAK, DAN NIAT SAYA UNTUK MEMAHAMI DIRI AWAK DAN BIMBING AWAK, TAPI MUNGKIN SAMPAI SINI JELA KEMUNCULAN SAYA DALAM HIDUP AWAK, SEBAB SAYA YAKIN AWAK MASIH BELUM PERLUKAN SAYA. PERJALANAN HIDUP AWAK MASIH PANJANG. GUDLUCK DALAM HIDUP AWAK K, SY DOAKAN KEBAHAGIAAN AWAK. AMEEN, INSYAALLAH. CUMA SEKADAR PENGETAHUAN AWAK, SAYA AKTIF FB SEMULA SEBAB AWAK, SAYA MENGARANG SEMULA SEBAB AWAK, SEBAB KITA PUNYAI MINAT YANG SAMA, SAYA SELALU MENUNGGU SMS OR CHAT DARI AWAK, TAPI SY TAU SY HANYA TUNGGU BULAN TURUN TANGGA DATANG KAT RIBA SAYA, TAPI MUNGKIN INI YANG TERAKHIR SY MENGARANG, SEBAB SAYA DAH X ADA ILHAM N IDEA DAH, THEN MUNGKIN SAYA DAH XONLINE FB MCM SELALU DAH SBB SY DAH XCHAT DENGAN AWAK DH. TQ SEBAB PERNAH MENEMANI HARI2 SAYA.


SALAM CERIA DARI SAYA YANG IKHLAS MENYUKAIMU. ASSALAMUALAIKUM.

TULISAN : KRULE

Thursday, November 7, 2013

7 NOVEMBER KU

7 November = 7 Eleven
7 november dulu x seperti 7 november hari ni, kalau dulu hari2 aku dipenuhi dengan gelak tawa si dia, tapi kini aku mulai sunyi kerana si dia meninggalkan aku. Kalau dulu seingat aku, tepat jam 12 malam 7 november, si dia pasti menelefon ku lalu wish kan aku semoga sentiasa sihat sejahtera dan sentiasa gembira bersama dia, tapi lepas dia menjejak kan kaki nya di usm setahun yang lalu, semua itu hilang entah kemana, si dia sudah kini berjauhan dengan ku, dan si dia sudah mulai melupai aku. Aku cuba bertahan dan sabar akan karenahnya kerana aku menyayanginya. Tapi kini mungkin sayang itu masih wujud dalam diri aku, tapi aku perlu move on untuk meneruskan liku2 hidup ku yang mendatang.

Sekarang dh 2013 la, umur aku pon menjangkau 21 hari ni, 7 november 2013. Pergh, tua tua tua. hahaha. Hidupku kini ku tempuhi secara bujang dan single serta solo. sama la tu kan, haha. Merepek pulak tiba2 ni woiiii. Sambung cerita cepat, okay bermulalah kisah si pemuda y berumur 21 tahun ni(aku lah tu), pada awalnya aku mengenalinya di wechat. Aku add je dy, n tiap kali dy post pic atau ape2 post, aku like. n pernah aku komen "cute" dan xsangka dy reply "thanx", cerita tu abes disitu. Haha. mesti pembaca geram kan, kenapa macam tu je ending, hahaha, ade lagi la, sabar. Teruskan membaca untuk tahu kisah selanjutnya. Aku kenal wechat name dy "are-ten" = "adalah sepuluh" barangkali, haha joke. dia ni agak rare skit orang kate, haha. sebab ape?

Sebab nya, dia ni jarang lekat dengan fon, dlu aku xkenal dy, kalau dalam post moment wechat tu, sekali dua je nampak dy, tu pon dy post pic vacation dy bersama family, nak usya malu. haha. simpan dalam hati. then ad satu post y dy post pasal bosan kot, aku pon menyampuk. lepas aku menyampuk tu, belum ad reply lg, hati aku ckp, "sombong dy ni" betapa stereotype nye aku mase tu menilai dy macam tu je. hahaha.. bagi aku sombong ni bagus, sebab maybe dy menjaga ikhtilatnya, okay la tu, tbe2 sampai satu chat dari someone tanya aku belajar di ump ke? "knape? nak masuk sane ke?" haha. tu la soalan aku pada dy. lantas dy menjawab, "saje tny" haha. nice n simple jawapan dy. then hati aku dah dup dap dup dap dah mase tu, orang y aku nk usya chat aku. adehhhhh.

start dr hari tu, aku chat la dy, seronok sembang ngn dy, ada pendapat kami same, ada y sgt berbeza, hmmm, dy comel,simple n sangat nice. hahaha. aku tau dlm diri dy, dy ni seorang y penyayang, caring sebenarnye. aku suke dy ke ha? puji lebih2 ni. haha. abes part memuji k. sambung lain kali lak puji2 ni, nanty ade plak y koyak seluar dy, haha. Dengan wechat la aku dapat nom fon dy walaupun aku xmesej dy sangat pon, dgn wechat la aku dpt fb dy, tu pon sebab aku nak add xdpt, ntah mane pergi button add friend dy letak, simpan dalam poket ke cik yumeka oi, haha, hitori yumeka name dy y buat aku rase tambah rare pd dy. haha. comel name tu, katenye hitori orang lain, yumeka org lain. dy suke komek due org tu buat. haha. kat mane tadi cerita ek? ooo pasal fb, haa. then aku report la pada dy, kenape xleh add, lastly dy add aku. thanx awk.

Ira adalah panggilan y aku suke kat name dy, walaupun wechat nye name "adalah sepuluh" tp aku lebih prefer ira sbg name pglan nye, sbb sesuai dengan orang nye y kecik molek dan comel. PUJI LAGIIIII!!! hahaha, koyak la seluar dy kalau dy bace ni. haha. aku rase start hari kenal, tiap2 hari kot aku chat dy, tp malam jela, sbb siang jarang la dy on n tgk fon dy tu. p/s awak jangan pakai fon la, haha. kidding!! hihi. tapi xpela, aku pon jarang tgk fon, kalau aku main dota ke, jangan harap la lekat kt tgn fon aku tu, mase dota, keyboard la y ad ditangan ku, hahaha. orang tengah berperang kan, memang xsempat tgk fon katenye. hahaha. then, pada sebelum 7 november, malam tadi la sebab hr ni 7 november dah. aku saje chat dy, huhu. rindu kot kat dy, haha. then aku cr topik nk bersembang ngn dy sampai kol 12, dengan harapan dy wish, tepat kol 12 aku ingat dy xengat la bufday aku, tbe2......... (jeng jeng jeng)

"arm.... happy bufday" dy chat aku padahal mase tu tgh topik lain, aiyooooo.. mati topik tu.. dy panggil aku "arm" = "lengan" barangkali, haha.. btw thanx coz wish for me, even u are the fifth person who wish it for me. Dok sembang2 sampai kol 1. Thanx jugak kat dy sebab teman aku malam td. katenye hadiah hari jadi aku.. uuuuu... terase dihargai seketika. dah lame xrase dihargai macam ni.. tp aku tau, aku perasan je kot.. maybe dy crush aku wat mase ni,sbb aku macam suke dy je. Tp kan, maybe dy xsuke aku. aku ni mane ade ape pon y special. dy pulak comel, mesti ramai orang suke. aku rendahkan diri, dan tiap kali aku terlepas cakap y aku suke dy ke ape, aku cover dgn joke, bia dia xtahu aku suke dy dalam diam. lagipon dy ade ckp dy blom ready nk jumpe jodoh dy lagi, 19 tahun katenye masih mude. tahun depan awk 20 la ira, tua dh, haha. Xkesah lah yang tu, abes chat ngn dy, dy pon nk tdo, aku pon lepaskan dy nk tdo.

haha, macam bosan je cite aku ni, asyik2 ira asyik2 ira je y aku cite, bia laaaa... blog aku, haha, aku cite org y aku suke la, hehehe.. kalau dy hulur tgn, aku dengan pantas pi tepuk. aku xnk bertepuk sbelah tangan n aku xkn biakan dy pulak menghulur sebelah tangan. nahhhh, pepatah baru ni barangkali, tapi let she make a decision la, perjalanan hidup masih jauh, aku xtau sape jodoh aku, dy pon xtau sape jodoh dy, aku lebih memilih untuk bujang kalau si dy juga begitu. lain kali aku cite lg pasal ira si comel yumeka ni. Haha, NEXT CHAPTER IS thanx y teramat sangat pada junior aku, "ayu" sebab wish awal, pukul 10 semalam dah wish happy bufday, dy memilih untuk awal maybe sebab dy dah nk tido awal kot, aku appreciate it, then adik angkat aku y kini di kedah menyambung pelajarannya, "umi" thanx to her sbb xlupe kat abg ni. third person is my ex... ??? EX pon nak wish ke (nak dikenali sbg XOXU)? siap menyanyi lagi dalam wechat, wish bufday, ceria nye dy, mesra nya kami walaupun dh clash.. xla mesra mane pun, dy pon dah ad pakwe, dan aku anggap dy macam adik aku je.

fourth person is pakcik aku, "Abdul Rahman" sangat caring tentang anak sedara dy.. thanx paman.. then the fifth person, is her.. Someone y aku suke tu lah, fatin athirah hitori yumeka si kecil molek.. amboi panjang nye.. thanx to her, coz dah wish kat chat, wish lg kat post fb.. due kali rase diri ni dihargai y sudah sekian lame dibiarkan. lalalala, the sixth person is someone lepas dy wish y aku xkenal post kt fb.. xkesah la, appreciate jgak, ada usaha dy nk taip utk aku tu, then seventh person is, kenalan tagged whatsapp n wechat aku y aku kenal dr second sem aku kt ump. nice orang nya, y nk dikenali sbg "za", orang y kelapan ialah kawan sekolah ku, "farah" ramai perempuan je ni y wish.. ish2...laki mane? sorg due je ni.. kesembilan, orang2 kat fb la, smpai y ke sepuluh.. same je org kat fb...

tapi y paling aku appreciate, sesudah subuh, mak aku bg cadburry due bungkus, mak tahu y aku suke cadburry, huhu.. selalu belikan aku cadburry 75gram tu utk aku tiap kali aku balek dr ump. tp pg td y sampai kan kt aku ialah adik prempuan aku darjah 4. ALYA. masuk bilik aku, "abg amin, nah, selamat hari jadi.." cadburry kedua adik lelaki aku, AMRI berumur 6 tahun, di tadika.. malu nak bg, lastly kakak nye jugak y bagi, ^_^ thanx adik2.. sayang korang semua. aku just state top 10.. thanx for all the wisher.. n aku sayang korang semua.. maybe sampai sini dlu lah cerita aku untuk engkorang, lain kali aku sambung, tentang cerita y menarik.. hee

setiap kata-kata perlu diakhiri dengan ucapan alhamdulillah sebab telah selesai melakukan sesuatu.. Hee, alhamdulillah.. dan sedikit kata-kata penutup..

"Bukan semua manusia ini tercipta untuk membahagiakan orang lain, ada juga yang dicipta untuk dibahagiakan, sama-sama lah kita membahagiakan dan dibahagiakan oleh orang yang kita sayang"

ASSALAMUALAIKUM SEMUA... PEACE C(^_^)D

TULISAN : KRULE

Thursday, February 7, 2013

MISTERI CINTA SI DIA

Perasaan seseorang memang kita tak mampu untuk menduga, kadang-kadang jangkaan kita betul, kadang-kadang jangkaan kita salah pada seseorang. Kita berhak untuk mencari cinta kita. Ada masanya kita perlu memahami perasaan seseorang. Ada masanya seseorang perlu memahami kehendak kita. Kita inginkan seseorang fahami, hendaklah kita memahami mereka dahulu. Ada satu kisah yang ingin ku kongsi. Ceritanya berkisahkan seseorang gadis yang mungkin tidak mampu untuk memilih yang terbaik.

Sya, aku menyayangimu sedalam-dalam hatiku. Andai kau tahu isi hatiku, kan ku mekarkan cinta ini demi untukmu Sya. Walaupun ku tahu diriku tidak layak untukmu, kerana hatimu masih belum mampu untuk menerima cintaku ini. Aku sedikit pon tidak terniat untuk memaksa dirimu untuk menerima cintaku Sya. Kamu mempunyai ramai sahabat yang kamu sayang. Adakah mereka lebih kamu sayangi daripada aku. Fahmi, Afiq, serta Haikal.Mungkinkah kehadiranku hanya mengganggu hidupmu Sya. Alangkah baiknya jika kamu meluahkan segala rasa kepadaku. Dahulu, segalanya kamu menceritakan kepadaku. Tetapi setelah kamu mengetahui perasaanku, aku merasakan yang kamu juga cuba untuk menjauhiku. Tatkala aku menanyakan tentang perasaan, kamu terdiam tidak mampu terjawab dan mencipta alasan untuk tidak menjawab soalan itu.

Aku hanyalah manusia biasa yang tak pernah lepas dari khilaf, mungkin dalam perkenalan kita, aku ada melukakan hatimu, maafkanlah diriku sekiranya hatimu terguris wahai gadisku Sya. Hatiku sering tertanya-tanya, siapakah yang kamu sayang, siapakah yang kamu cinta, siapakah yang kamu rindu, dan siapakah yang kamu kasih? Pernahkah namaku tersenarai didasar hatimu Sya. Aku sememangnya tidak mengharapkan apa-apa balasan darimu Sya, tetapi tidakkah kamu terfikir untuk berkorban seperti apa yang telah ku korbankan kepadamu Sya. Hem.... Aku tidak pasti dengan perasaanku, aku hanya mampu menyatakan yang aku menyintai serta menyayangi mu Sya.

Tudung purple yang ku beri, masih belum lagi ku tatap pemakainya. Adakah pemakainya wujud? Atau benda alah itu hanya disimpan didalam locker dan disemadikan seperti tiada siapa yang tahu ia wujud. Alangkah indahnya jika aku dapat melihat pemakainya memakai hadiah yang tidaklah seberapa itu supaya ku tahu kamu menghargaiku Sya. Hem..... Adakah aku layak dihargai Sya?? Siapakah aku dihatimu Sya?? Fahmi muncul menggembirakan mu Sya. Afiq muncul banyak memberikan kebahagiaan kepadamu Sya. AKU?? Mungkin tidak memberi apa-apa makna kepadamu kan Sya?? Aku hanya mampu memberi layanan yang baik sahaja kepadamu Sya. Aku bukanlah berharta, juga tidaklah mempunyai rupa paras yang dapat menceriakan hidupmu selalu Sya. Aku tidak pernah jangka semua ini berlaku. Mengapa aku mencintai gadis yang sudah mempunyai teman hidup malah mempunyai ramai orang yang disayangi.

Arggghh... Aku tidak mampu mengawal emosi ku.. Tetapi kata-katamu Sya untuk ku tidak beremosi masih terlekat difikiranku.Aku cuba untuk mengawalnya. Tetapi mengapa kamu sering menguji ku. Dalam tidak sedar, kamu cuba mengguris perasaanku. Apakah keistimewaan mereka Sya?? Kenapa mereka mendapat layanan lebih daripada ku? Adakah mereka yang lebih kamu sayangi? Hem... “Itu hak Sya” aku tidak mampu berkata apa-apa setelah ku mendapat jawapan itu. Beginilah nasibku, ingin ku menyesali perbuatanku. Sudah tiada berguna lagi. Perasaan yang hadir sukar ku hilangkan dengan cepat. Sya, aku terpaksa biarkan kamu dengan duniamu. Maybe setelah kamu baca kisah ini, kamu akan mengerti perasaan kasih dan sayangku kepadamu Sya. Aku tidak mengharapkan apa-apa darimu, tetapi hanya sekadar untuk faham perasaan ku sahaja Sya. Mengertilah bahawa aku terlalu mencintaimu.

Aku akan cuba menjauhimu Sya, supaya kamu tidak serabut untuk memikirkan keadaan serta kesihatanku. Maafkan aku kerana melakukan ini. Ini untuk kepentinganmu jua. Aku tidak akan cuba untuk mengganggu fikiranmu lagi. Berfikirlah sebaik mungkin. Kerana ku tahu, kamu adalah gadis yang mempunyai terlalu banyak misteri tentang cintamu itu Sya. Memang sukar untuk menilai mu Sya. Tetapi telah ku tahu segala gerak geri mu itu, dan ingin ku menyatakan, bahawa aku sudah terlanjur mencintaimu, dan aku tidak akan berpatah balik untuk berhenti menyayangimu.

SYA... BERGEMBIRALAH C( ^_^ )D.. SEMOGA BAHAGIA

Wednesday, February 6, 2013

CINTA RAZAK

Razak seorang lelaki yang biasa. Hidupnya normal seperti orang lain. Dia mempunyai kekasih bernama Syahira. Dia amat menyayangi kekasihnya. Apa sahaja yang kekasihnya inginkan, pasti dikotakannya. Cinta Razak pada Syahira amat besar lagi tebal. Tapi malangnya Syahira ni seorang yang keras kepala. Apa yang razak buat, hampir semuanya tidak benar dimata Syahira. Razak hanya mampu bersabar dengan kerenah Syahira.

Suatu hari, Razak mengajak Syahira keluar untuk makan tengah hari di tempat kesukaannya. Tetapi ditolak Syahira atas alasan tidak suka keluar bersama. Ucapan itu membuat hati Razak terkedu lalu terkilan dengan Syahira. Mereka sering bertengkar. Sepertinya mereka kurang serasi bersama. Razak hanya mampu bersabar kerana terlalu menyayangi Syahira. Pernahkan Syahira berfikir akan pengorbanan Razak. Syahira hanya tahu menyalahkan Razak sahaja.

Pada tanggal hari lahir Syahira, Razak sedang sibuk. Tetapi masih mengingatkan tentang hari lahir Syahira. Sebelum Razak ke kerja, dia sempat mengirim sepucuk SMS, yang bertulis "Syahira yang abg sayangi, abg terlalu menyayangimu, tapi mengapa kamu sering menyalahkan apa sahaja yang abg lakukan, tidakkah kamu menyayangi abg? Atau kamu tidak pernah ada perasaan pada abg?" dengan perasaan hampa dan sedih, Razak mengirim mesej itu.

Syahira hanya endah tidak endah dengan kiriman Razak itu tadi. Razak hanya mendiamkan diri dan menerima segala ujian dari tuhan tentang kekasihnya itu. Adakala Razak merasa gembira kerana kehadiran Syahira disisinya, adakala juga Razak merasa pilu atas layanan Syahira padanya sebegitu rupa. Difikirannya, adakah Syahira benar-benar menyayangi Razak. Mungkin Syahira tidak pandai menjaga hati seseorang, atas sebab tiada pengalaman, Razak memujuk dirinya agar tidak memikirkan negatif tentang Syahira.

Seminggu Razak mendiamkan diri, Syahira masih keras kepala. Tiba-tiba Syahira terdetik untuk menanyakan hal Razak, lalu Syahira memandu untuk berjumpa Razak dirumahnya. Alangkah terkejutnya Syahira apabila melihat Razak keluar dengan perempuan lain. Cemburu Syahira mulai terasa. Razak disergah oleh Syahira lalu menampar Razak sambil menangis. Mengapa Razak sanggup melakukan hal ini pada Syahira. Razak hanya berlalu tanpa berkata apa-apa. Syahira mengejar Razak sambil bertanya, "Abg, abg mungkir janji dengan saya, abg cakap abg sayangkan saya, tetapi mengapa abg curang dengan saya?"

Razak membuka mulutnya dan berkata dengan nada hairan "SIAPA AWAK? PERNAH KITA BERJUMPA?". Kata-kata Razak membuat hati Syahira terluka. Syahira terus pulang ke rumah sambil menangis teresak-esak. Segala kenangan Razak bersama Syahira terlintas difikirannya. Syahira mengambil keputusan untuk melupakan Razak. Tetapi tidak berhasil, cinta dan sayang Razak pada Syahira baru dirasainya setelah menangiskan Razak. Syahira menyesal atas perbuatannya kepada Razak. Syahira tidak menghargai kasih sayang Razak.

Seminggu berlalu,tetapi Razak masih bersama perempuan itu, membuatkan hati Syahira lebih sakit. Syahira lantas berjumpa Razak, sambil menangis dan merayu. Syahira menyatakan yang dia menyesal atas perbuatannya dan berjanji tidak akan mengulangi lagi kesalahannya. Razak masih tidak mengendahkan Syahira. Syahira berkata,

"Abang, saya tahu saya banyak silap dengan abg. Abg pernah cakap manusia tak semua sempurna dan tak pernah lari dari silap, saya sedar saya silap, tak layan abg macam yang abg nak, tak hargai kasih sayang abg, saya sedar saya keras kepala. Apa yang abg cakap saya hanya tak endah, saya sedar banyak salah saya pada abg. Abg hukumlah saya. Saya terima, tetapi abg kembali dalam hidup saya. Saya merayu pada abg"

Razak tersenyum mendengar kata-kata Syahira. Razak pulang kerumah dengan senyuman tetapi Syahira pulang dengan tangisan. Keesokannya, perempuan yang selalu bersama Razak datang bersama Ibu Razak membawa satu rombongan. Syahira mula terkejut sambil hairan. Syahira menjemput mereka naik kerumah. Perempuan itu menyatakan bahawa mereka membawa rombongan meminang. Syahira berasa hairan dan bertanya, "Siapakah kamu? kenapa kamu selalu bersama Razak?".

Perempuan itu tersenyum dan memberitahu Syahira yang dia adalah ibu saudara Razak dan dia sentiasa bersama Razak hanya sekadar untuk menyiapkan barang-barang meminang dan berkahwin akan datang, Razak hanya ingin membuat kejutan pada Syahira. Alangkah gembiranya Syahira mendengar penjelasan itu. Dalam masa yang sama, Syahira merasa dirinya masih lagi dihargai dan disayangi. Akhirnya mereka selamat diijab kabulkan. Alhamdulillah..

SEKIAN..

TULISAN : KRULE

Tuesday, February 5, 2013

ADAKAH DIA MASIH MENERIMAKU?

AL-KISAH

Pada suatu saat di alam suasana belajar, seorang pelajar yang bernama Syahrul memulakan pengajiannya di kolej matrikulasi berdekatan dengan kampungnya. Dengan satu azam yang membara dalam diri Syahrul, dia menguatkan semangatnya untuk meneruskan alam remajanya dengan belajar, setelah selesai menduduki peperiksaan SPM. Hidupnya penuh dengan gembira setelah mempunyai ramai rakan baru. Setiap hari dia akan menghadiri kuliah serta tutorial bersama rakan-rakannya.

Sewaktu minggu penyesuaian pelajar baru, dia dengan terkejutnya dikejutkan dengan kedengaran namanya disebut berulang kali untuk menganggotai persembahan pada penghujung minggu tersebut. Dalam terkejut, ada gembiranya kerana persembahan yang harus dilakukannya adalah persembahan yang dia pernah sertai dalam pertandingan ketika dia berada dialam persekolahan dahulu. Dia berlatih setiap hari bersama anggota-anggota yang baru dikenali. Dia mula gembira dengan latihannya.

Petang pada pengakhiran minggu tersebut, dia bersama rakan seperjuangannya menyembahkan persembahan tersebut yang dikenali sebagai persembahan tarian. Mereka mempersembahkan dengan jayanya serta berakhir dengan gembira. Minggu tersebut sudah berlalu begitu pantas sekali. Menjelang bulan tujuh, dua bulan dari hari mereka menyuaikan diri, Syahrul mula mengenali seorang sahabat yang bernama Syaza (salah seorang dari ahli tarian). Pada mulanya mungkin mesra perkenalannya.

Hari demi hari, Syahrul sudah mula jatuh hati pada Syaza. Tetapi Syaza tidak mengetahuinya. Keesokannya Syahrul yang pemalu memberanikan diri untuk bertanya adakah Syaza sudah berpunya. Malang hari Syahrul kerana dia mengetahui bahawa Syaza sudah mempunyai teman lelaki dan sudah hampir 5 tahun perkenalan mereka. Syahrul yang hampa cuba tabahkan hati. Dalam kesedihan, Syahrul masih lagi berkawan dengan Syaza, tetapi sikap Syahrul mula berubah menjadi seorang pendesak, yang membuatkan Syaza tidak selesa dengan Syahrul. Syaza cuba menjauhkan diri daripada Syahrul. Syahrul pula terus mendesak si Syaza tanpa dia sedar kesilapan dan kekhilafannya itu.

Sampai suatu masa Syaza menghilangkan diri. Syahrul sudah mula gundah dan tidak senang hati sambil terus menerus menghubungi Syaza. Tiada juga balasan. Dia amat sedih dan cuba berdiam diri, dalam berdiam diri, satu pesanan ringkas tiba di telefon bimbitnya. Pesanan ringkas tersebut mengejutkan dia bahawa ayat yang terkandung didalam pesanan tersebut ialah 'Syah, sy sgt kecewa dengan kamu, mengapa kamu terus mendesak sy, sedangkan sy bukan kekasihmu, sy xsangka kenal dengan kamu y suka mdesak sy. sy benci kamu. sy xnk kamu dekati sy lagi, salam'..... Syahrul kesedihan dan merenung keseorangan...

Lima minit kemudian, tiba sepucuk pesanan ringkas lagi daripada sahabat Syaza yang cuba untuk mencuci otak Syahrul. Syarul juga terkejut dengan pesanan yang berayatkan 'Kamu ni Syah, xpatut kamu begitu sama Syaza, dia menyukaimu sebagai kawan, xperlulah kamu mendesak dia, kamu xmalu ka pada dia, dia sudah berpunya, jangan la kamu cuba untuk merosakkan hubungan dia sama kekasihnya... Sekarang kamu lihat, kamu sudah hilang seorang kwn... Fikirkanla'... Hati Syahrul mula hiba dan terharu mendengar kata-kata Syaza dan sahabatnya. Syahrul mula meminta maaf kepada Syaza. Tetapi tiada balasan.

Keesokannya Syahrul dikejutkan dengan panggilan yang tidak dikenali. Kedengaran suara lelaki. Yang lebih memeranjatkan lagi, suara tersebut menjelaskan bahawa dia ialah kekasih Syaza. Serta memohon Syahrul untuk tidak mengganggu Syaza lagi. Syahrul mula pasrah dan hampa serta menyesali semua yang telah dilakukannya. Sejak dari itu, Syahrul mula bermuram dan bermasam muka. Tiba dikelas Syahrul menghiasi senyumannya dalam kesedihan agar rakan2 yang lain tidak mengesyaki bahawa Syahrul mempunyai masalah. Syahrul meneruskan hidupnya keseorangan dan kehilangan sahabat rapatnya ketika dahulu...

Syahrul mula berfikir, 'Kalaulah masa boleh diundur, xakan ku lakukan seperti itu... Aku menyesal kerana menyakitkan hati dia.... Alangkah indahnya jika dia dapat menerima persahabatan aku dengannya semula dan akan ku jaga sebaiknya tapi apakan daya, masa sudah berlalu pergi.... Dia mungkin sudah lupakan aku'

Hidup Syahrul dipenuhi rasa sedih dan bersalah atas kesalahan dan kekhilafan dia. Dia cuba untuk berubah dan menunggu Syaza kembali menjadi sahabatnya dan dia telah menukar perasaan cintanya kepada sahabat sahaja, dan berharap semoga Syaza dapat menerima perubahannya itu..

SYAHRUL : ADAKAH DIA MASIH MENERIMAKU SEBAGAI SAHABATNYA???

TULISAN : KRULE