Friday, August 7, 2015

SUDAH TIADA TUNASNYA

Pemergian Mila dalam hidup aku menjadikan hari-hari aku terasa kian dilanda badai yang menghempas ke pelusuk hati. Betapa perit dan pedih tidak akan mampu didamba oleh insan yang tidak berhati perut seperti Mila. Aku ingin bangkit dan terus bangkit bagi menceriakan hari-hari ku seperti dahulu. Tetapi pengalaman ditinggalkan itu lebih menyedihkan dalam hidup aku sehingga aku jatuh kembali. Betapa sayangnya aku pada Mila sehingga aku lemah longlai sebegini. Wajarkah aku melupakan si dia. Semestinya aku perlu melepaskan insan yang pernah aku sayang untuk kembali bersemangat. Hari berganti hari keceriaanku mulai pulih kerana disebabkan masih ada lagi insan yang bergelar sahabat yang sentiasa bersamaku. Dialah Ayu gadis yang sentiasa memberi semangat dan sokongan kepada aku sejak di bangku sekolah. Malahan ketika aku bersama Mila juga Ayu sentiasa memberi nasihat supaya lebih matang dan 'gentle'. Dahulu nya tidak ku sedar bahawa Ayu meminatiku. Setelah Mila pergi, kehadiran Ayu sangat memberi impak yang sangat besar dalam hidup aku. Ketiadaan Ayu walau seminit sudah dirasai oleh ku. Sejak hari itu, aku cuba untuk mengukir cinta dalam hati aku buat Ayu.

Ayu dan aku sudah setahun bercinta dan ingin menjalinkan hubungan yang lebih rapat dalam erti kata lain bernikah. Persiapan telah pun tersedia, aku dan Ayu berasa sangat gembira kerana jodoh aku adalah rakan aku sejak di bangku sekolah. Ayu adalah insan yang aku rasa sangat cantik pada tingkah laku nya serta adabnya malahan wajahnya juga sama seperti namanya. Tetapi kehadiran Mila dahulunya yang merayu untuk menjadi teman rapatku telah aku terima atas dasar kasihan. Lama kelamaan kasihan itu menjadi perasaan sayang kepadanya. Jadi perhatianku pada Ayu kian pudar kerana Mila, tetapi tak ku sangka Ayu sentiasa bersamaku walau dari jauh. Setelah Mila bertemu lelaki yang lebih kacak daripadaku, bermacam cacian dilemparkan kepadaku dan terus meninggalkanku. Hari itu terlalu perit untuk dikenang kerana maruahku tercalar. Dalam sedang hangat aku bercinta dengan Ayu, satu susuk tubuh bermuka muram lagi kusam muncul di hadapanku. Ternyata dia seorang insan yang pernah dulu muncul dalam hidup ku lalu pergi dan kini menjelma kembali. Mila ditinggalkan kekasihnya dan kini merayu untuk mendapatkan ku kembali. Seperti yang aku katakan, perasaan ku sudah tiada pada Mila dan aku hanya menyayangi Ayu iaitu bakal isteriku satu minggu sahaja lagi. Mila menangis dihadapanku kerana mengetahui aku akan berkahwin. Dengan rasa serba salah, aku memegang tangan Mila dan mengatakan aku hanya mampu menjadi kawan sahaja kepada nya tetapi bagi ku tidak akan wujud perasaan sayang kembali dalam diriku. Tangisan Mila mula berhenti secara perlahan-perlahan tetapi masih memujuk ku untuk menerimanya. Aku hanya mampu meminta maaf kepada Mila dan berlalu pergi.

Keesokan harinya, Mila meminta aku untuk kerumahnya untuk membaiki plug yang berlaku litar pintas. Ekoran daripada kerjaya ku sebagai technician elektrik dan elektronik aku tidak lah menolak permintaan sahabatku itu. Sesampainya aku di rumah Mila, aku menanyakan dimana plug yang rosak itu, Mila mengacukan tangannya kearah bilik nya itu. Lalu aku bergegas masuk untuk membaiki tetapi Mila berjaya perdayakan aku. Aku ditolak keatas katil dan Mila membuka bajunya dan cuba menerkam ku dan selepas itu pintu bilik itu dikuak oleh Pihak Jabatan Agama Islam. Aku ditangkap berkhalwat bersama Mila. Aku mula buntu dengan kejadian yang menimpa ku. Bagaikan berdesing telingaku mendengar tohmahan dari masyarakat sekeliling dan juga tangisan Ayu menyesali perbuatanku walaupun aku tidak bersalah. Aku hanya mampu berdiam diri kerana percakapanku tidak lah dipercayai. Itu kerana masyarakat sekeliling juga mengetahui aku pernah bercinta bersama mila membuatkan mereka lebih percaya bahawa aku masih menginginkan tubuh mila sedangkan jauh dalam dasar hati aku tidak langsung terfikirkan untuk melakukan nya secara haram.

Pada malam itu juga aku dipaksa untuk bernikah dengan Mila, aku terpaksa menerimanya walaupun aku sudah puas menolak. Ibu ku yang menangis kerana perbuatan terkutuk itu telah membuatkan aku melafazkan akad tersebut. Pertunanganku dengan Ayu segera diputuskan atas kehendak keluarga Ayu yang menyesaliku. Semuanya berlaku sekelip mata, dan terkadang aku sesal akan diriku yang di uji sebegini tetapi aku masih bersabar dan mengharapkan keajaiban tuhan. Selesai akad, aku melihat wajah tertawa Mila gembira kerana menjadi isteriku. Hatiku berbisik bahawa ini agenda Mila yang sengaja memerangkapku. Malam itu mila cuba menggoda untuk tidur bersama ku. Tetapi aku cuba menolak kerana dalam hatiku sememangnya tiada lagi cinta untuk Mila. Aku semakin hairan akan tindakan Mila yang tidak langsung bersalah setelah memerangkapku. Tiga hari aku tetap menolak pelawaan mila dan jelas terserlah wajah mila yang semakin serabut. Tiba-tiba mila mual dan muntah didalam sinki rumah dan jatuh pengsan. Pada awalnya aku fikir itu adalah lakonan mila untuk memerangkapku lagi. Tapi aku serbasalah membiarkan mila pengsan selama 15minit. Jadi aku bergegas ke klinik berdekatan untuk mengesahkan apakah penyakit Mila.

Alangkah terkejutnya aku apabila Doktor klinik itu gembira mengkhabarkan bahawa aku sudah bergelar ayah. Muka ku merah padam dan mulai berang dengan Mila. Aku segera berterima kasih kepada Doktor dan mengheret mila ke suatu sudut lalu aku meninggalkan nya. Mila meminta maaf kepadaku dan aku masih teruskan perjalananku ke kereta yang usang bagiku. Mila masih mengejarku untuk meminta pertolongan menyembunyikan perkara tersebut. Aku yang berang menengking mila dan mengatakan bahawa pernikahan aku dan mila tidak sah kerana mila mengandung dan mengikut sudut agama bahawa pernikahan itu tidak lah sah jika sekiranya perempuan itu mengandung. Aku mula bersyukur kerana tidak menyentuhnya dan jikalau aku sudah menyentuhnya ekoran pernikahan itu, sudah berdosa lah aku. Segala persoalan sudah terjawab dan kini aku ingin mulakan hidup ku kembali. Aku segera pulang ke rumah dan mendapatkan keluargaku untuk menceritakan hal yang sebenar. Ibu ku yang mula menolak kehadiranku itu setelah diceritakan peristiwa yang berlaku hari ini, terpancar senyuman bersyukur kepada ilahi bahawa anaknya ini tidaklah bersalah. Aku sempat menanyakan ibu tentang Ayu. Ibu berdiam diri dan hanya berkata Ayu sudah berpindah.

Aku terpaku di sudut kabinet rumah mengetahui berita tersebut. Kini hariku berasa kosong akan ketiadaan Ayu. Sungguh cepat ayu berubah dan pergi tinggalkan ku hanya dalam seminggu selepas peristiwa ini berlaku. Hari ini adalah hari persandinganku dengan Ayu tapi terbatal akibat tuduhan perangkap si Mila yang hanya pentingkan diri sendiri. Aku hanya mampu berserah pada takdir dan jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah kepadaku. Aku langsung membawa diri ke bandar untuk mencari kerjaya baru untuk memantapkan lagi ekonomiku yang hanya mengambil upah dari masyarakat sekeliling rumah untuk membaiki perkakas elektrik mereka. Setibanya aku di bandar aku mendapatkan rumah sewa di perumahan yang agak padat penduduknya dan lokasi aku ke tempat kerja tidaklah jauh. Oleh itu bermulalah hari baru aku sebagai technician elektrik di sebuah kedai cina. Jam menunjukkan sudah masuk waktu pulang kerumah, jadi aku bersiap untuk mengemas peralatanku dan mencapai motosikalku untuk segera pulang. Perjalanan pulang ku terhenti di sebuah lampu isyarat, terpandangnya aku dengan kelibat Ayu dalam sebuah kereta saga lama milik kedua orang tuanya. Tanpa rasa was-was aku mula mengikut perjalanan kereta itu. Aku mulai hairan bahawa kereta tersebut memasuki lorong yang berhampiran rumahku. Kini aku sedar bahawa Ayu tinggal berdekatan rumahku hanya dengan perbezaan lorong. Hatiku mulai berbunga untuk mendapatkan Ayu kembali.

Di hari cuti ku pada sabtu pagi aku mengikut kereta itu ke pejabat dimana tempat Ayu bekerja. Ayu hanya seorang kerani di pejabat itu dan kebetulan waktu bekerja di pejabat itu adalah isnin hingga sabtu. Mungkin allah hendak pertemukan aku dengan Ayu semula. Pintu kereta ayu dikuak olehnya dan aku segera mendapatkannya. Ayu terkejut akan kehadiranku dan tidak sempat untuk menceritakan hal sebenar, Ayu menepis bahuku dan berlalu ke pejabatnya. Hatiku mula sayu kerana Ayu sudah berubah hati kepadaku. Mungkin ayu tidak dapat lupakan peristiwa yang berlaku tempoh hari. Hari demi hari aku cuba menghampiri ayu dan segala ajakan ku untuk makan bersama ditolak oleh Ayu mentah-mentah. Bunga yang diberikan untuk membujuknya juga dibuang kedalam tong sampah. Bencinya Ayu kepadaku membuat ku bingung bagaimana hendak mendapatkan perhatiannya kembali. Pada petang rabu setelah aku selesai bekerja, aku seperti biasa menunggu Ayu pulang dari pejabat tetapi aku hairan kerana Ayu tidak lagi turun padahal jam sudah satu jam berlalu daripada waktu sebenar Ayu pulang. Aku berasa panik terus naik ke tingkat satu pejabat dan alangkah terkejutnya aku bahawa Ayu sudah pengsan di tangga dan kelihatan kasut tumitnya yang dipakai Ayu telah patah. Hatiku menyangkal bahawa Ayu tersadung kakinya dan pengsan dalam sejam berlalu. Aku mengangkat Ayu dan menghantarnya ke klinik dengan menaiki Saga hitamnya itu. Kepala Ayu dibalut kerana terhentak ke dinding. Aku menelefon boss ku dan mengkhabarkan aku hendak bercuti esoknya atas alasan kecemasan. Aku menemani Ayu yang tidak sedarkan diri sehingga larut malam. Aku menangis sambil memegang tangan Ayu dan menceritakan peristiwa yang berlaku dalam hidup aku. Tiba-tiba tanganku digenggam erat oleh Ayu menunjukkan bahawa Ayu telah sedar dari pengsannya itu.

Ayu memberitahuku agar hentikan tangisan kerana Ayu masih menungguku dan hanya menguji sejauh mana aku menginginkannya kembali. Aku mula berjanji kepada Ayu untuk menjaganya sehingga akhir hayat. Senyuman Ayu terukir dibibirnya yang manis itu. Sejak itu, hubungan aku dan Ayu kembali pulih dan segera aku menamatkan hidup bujangku dan kini aku sudah bergelar suami yang sah kepada insan yang aku sangat cintai serta bahagia bersamanya. Sempat aku meminta maaf kepada Mila bahawa cintaku padanya sudah tiada tunasnya.

IDEA : Khairul & Athirah
TULISAN : Khairul