Friday, December 14, 2012

TUDUNG PURPLE

Siapakah yang bakal memiliki tudung purple itu. Ku belikan special untuk seseorang. Tetapi ku takut untuk menyerahkan kepadanya kerana ku takut si dia tidak mahu menerima pemberian ikhlas ku ini. Hatinya menginginkan sehelai tudung. Ku tanya pada si dia, tudung jenis apakah yang diminatinya. Katanya lagi, dia meminati tudung yang dia sering pakai ke kelas. Bukan sejenis selendang atau tudung ekspress. Seperti yang ku tahu, tudung itu terkenal dengan nama ‘tudung bawal’.
Hajat hatinya menginginkan tudung itu, tetapi cuba untuk menafikan kepada ku dan tidak mahu menyusahkan aku untuk mencarinya. Tetapi dia sendiri tahu yang aku seorang yang degil, katanya tidak, tetapi bagiku ya. Niatku hanya ingin menunaikan hajat seorang kawan, yang begitu akrab dengan ku. Ku belikan tudung itu khas buatnya kerana hanya dia sahaja yang banyak memberi semangat kepadaku, dan sering menasihatiku serta membantuku ketika aku sedang kesusahan. Aku bersyukur mempunyai rakan bercerita seperti dia. Aku sering habiskan masa untuk berborak-borak dengan nya kerana hari-hariku sering bosan tidak berteman. Disebabkan itu aku membelinya hadiah itu sebagai tanda terima kasih ku kepadanya.

Tapi sehingga kini aku masih belum berani untuk menghadiahkan tudung itu kepadanya. Hajatku ingin melihatnya memakai tudung itu ketika ke kelas. Mesti si dia kelihatan lebih ayu jika memakainya. Tetapi adakah harapan ku ini hanya tinggal harapan atau akan menjadi mimpi indah seumur hidupku? Sukar nak ku gambarkan detik itu kerana si dia bukanlah seperti gadis biasa. Agak lama untukku memahami cara dia bersahabat. Aku kini hampir memahami caranya yang agak sempoi dan kadangkala tegas. Jika difikirkan kembali kenangan ketika aku mula mengenalinya, ingin ku ketawa sendirian. Macam-macam kenangan pahit, seperti bergaduh dan pernah hampir bermusuhan. Tetapi sebagai umat islam, tak perlulah sampai bermusuhan dalam bersahabat kerana perkara itu dibenci oleh ALLAH S.W.T.

Berbalik pada topik tudung tadi, aku memberitahunya bahawa aku sudah membelikannya tudung itu. Dia seraya menjawab, kan sudah diberitahu untuk tidak membeli tudung itu. Aku hanya berdiam diri, ingin ku sesali dengan perbuatanku, tetapi tidak ada daya untukku berbuat demikian. Aku kini hanya menyimpan tudung itu didalam locker besi ku di asrama ku. Setiap hari ku melihat tudung itu, sebelum ku ke kelas. Sampai bilakah kau akan tinggal disini wahai tudung purple. Bisikku setiap hari. Bukanlah aku sudah bosan untuk melihatnya setiap hari, tetapi alangkah indahnya jika kau wahai tudung purple mendapat penjaga yang lebih baik daripada aku. Sekurang-kurangnya kau boleh dijaga dengan baik dan dipakainya serta dia memandikan kau untuk kau sentiasa berbau harum. Tidak lah kau hanya terperap didalam almari besi yang sejuk ini yang belum tentu kau dimandikan serta berbau harum malah tidak dipakai oleh sesiapa.

Arghhh, kadangkala aku hanya membiarkan igauan ku itu, kerna ku tahu, kemungkinan tidak akan ada sesiapa pun yang akan memiliki tudung itu. Ingin ku berikan sahaja kepada orang lain, tapi siapa. Tidak ada senarai untuk ku memilih siapa yang layak menerima pemberian ku itu. Hari demi hari aku hanya dengan cita-citaku, dan tidak lagi memikirkan kau wahai tudung purple. Kau umpama tiada didalam lockerku malah dalam hidupku. Mestikah aku menyerahkanmu kepada orang lain atau aku hanya perlu menunggu jawapan dari si dia yang mengatakan si dia menginginkanmu semula dan bersedia untuk menjaga mu wahai tudung purple. Benakku sering runsing akan hal ini. Sejak itu aku mulai pasrah dan hanya membiarkan mu wahai tudung purple dengan selimut plastik mu itu didalam lockerku.

MILIK SIAPAKAH KAU WAHAI TUDUNG PURPLE??

TULISAN : KRULE

Tuesday, September 11, 2012

HANYA KU TAHU HATIKU

Sedih, pedih sangat ku rasakan. Umpama seorang yang menghiris hatiku dan ku celupkan hatiku itu kedalam larutan garam yang sangat likat. Pada malam itu aku turun untuk menunaikan janjiku pada seseorang yang mana aku turun untuk mengajarnya apa yang ku pelajari. Dia sejujurnya tidak memahami apa yang guru mengajar dihadapan kerana ketika itu kondisi nya kurang sihat. Seperti yang dijanjikan, maka turunlah aku sebagai pemegang janji.

Ketika itu, ku perhatikan raut wajah seorang lelaki berada di penjuru hujung meja study di kafe. Sahabat si gadis itu. Aku hanya tidak mempedulikan lelaki itu kerana tujuan ku adalah untuk mengajar sementara. Kisah itu bermula dengan gembira, aku mengajarnya dengan gelak tawa. Ku susuli dengan jenaka ku agar si dia gembira dengan ku. Jujur dihati aku menyukainya. Tetapi ku pendam perasaan ini. Kerana ku tahu jika ku memberitahunya betapa ku sayang padanya, dia pasti tidak menyukai apa yang ku katakan.

Ku tak peduli apa yang orang lain kata. Waktu itu, aku merasakan akulah insan bertuah kerana si dia senang bersamaku. Setelah itu, dia mula menegur lelaki itu, walaupun ku rasa cemburu, tetapi tidak perlulah untuk ku terlebih emosional, kerana si dia hanya menyukai ku sebagai seorang teman. Hanya aku yang tahu apa didalam hatiku. Ku fikirkan si dia hanya bertegur biasa, tetapi sesuatu yang tidak ku duga berlaku dihadapan mataku, benarlah firasatku mengatakan supaya tidak perlulah untukku turun mengajarnya malam itu kerana akhirnya aku yang bakal sedih.

Si dia berbual mesra bersama lelaki itu malah bersentuh-sentuhan. Peristiwa itu sangat menyakitkan hati ku. Aku sedar yang aku ini insan biasa, yang tidak punya apa-apa. Apakah tujuan mereka berlaku sedemikian, apakah untuk memberi ku cemburu buta? Ku tidak mengetahui semua itu, namun aku hanya berdiam diri. Benakku sentiasa memikirkan si gadis itu, tetapi aku hanya diperlakukan seperti itu sahaja. Adakah aku tunggul yang tak bermakna atau aku boneka hidup yang menjadi permainan kanak-kanak.

Sekembalinya aku ke kamarku, aku terdiam dan memikirkan peristiwa itu, memang si gadis itu menyukai jenakaku, tetapi aku yakin si dia lebih menyukai gurauan mesra lelaki tadi. Aku hanya berserah serta pasrah malah mengalah dengan lelaki itu. Dia lebih layak, bukan lah niatku untuk merendah diri, tapi inilah lumrah hidup seorang insan yang kesepian. Mencari cinta yang tidak mungkin dapat digapai dengan jayanya. Hatiku terlalu menyayangi si dia, tapi mengapa tatkala aku ingin menyayangi seseorang, inilah yang berlaku. Hancur hatiku melihat kemesraan mereka.
Ingin ku mengundurkan diriku sebagai seorang teman, tetapi aku tidak sampai hati meninggalkan seorang gadis yang memerlukan bantuan aku untuk menghiburkannya tatkala dia sedih. Aku bukanlah manusia yang kejam, tetapi mengapa begitu ramai yang cuba berlaku kejam denganku? Aku hanya mampu terdiam. Ku teringatkan kisah lalu, saat aku mula menyayangi seseorang, tetapi malam sambutan hari lahir kawanku, si gadis ini pula yang bersentuhan dengan kawanku itu.
Benar orang kata, perasaan tidak boleh dipaksa. Aku tidaklah memaksa orang untuk menyayangiku, kerana ku tahu, tidaklah layak untukku disayangi. Diamku membawa seribu makna, bukanku tidak kesah, tetapi aku hanya berpegang pada kata-kata seseorang itu, “lebih baik kita diam, daripada kita sakitkan hati orang”. Aku menyukai nasihatnya, caranya denganku, tetapi ku tahu aku bukan untuknya. Dia mempunyai orang yang dia cinta. Aku hanya mampu menunggu. Menunggu bulan jatuh ke riba. Jika si dia sudah membaca luahan ini, ingin ku memohon ampun dan maaf kerana aku tidak mampu menjadi lelaki yang disukainya. Relaku mengundurkan diriku dari hidupnya.
C( ^_^ )D.. Semoga Bahagia Sayangku...

DIAMKU BERMAKNA, MALAH HANYA DIRIKU MENGETAHUI SEGALANYA DI HATIKU.

Tuesday, May 15, 2012

KISAH CINTAKU

Cinta? Apa tu?? Xperlulah ku ungkapkan, kisah bermula sewaktu aku di tangga belajar. Ketika itu, aku di Matrikulasi Teknikal. Aku seorang bekas pelajar Teknik, Aliran Mekanikal. Bertempat di tempat yang sama juga. Bukan niat untuk bermegah, tapi hanya untuk berkongsi cerita dengan pembaca. Dalam hidup kita sering mengalami pelbagai cabaran. Secara normal, aku sama seperti kalian. Pernah mengalami alam percintaan. (Bagi yang tak pernah, anda juga akan mengalaminya suatu hari nanti). Tetapi kisah cintaku xseindah seperti cerita-cerita jiwang di tv. Kenapa dikate begitu?? Ada cerita disebalik kate2 ini.

Permainan? Ape yang diertikan tentang permainan? Seperti yang kita tau, mainan selalu dibeli oleh ibu bapa untuk anak2nya yang masih kecil dan belum matang. Jika di related kan dengan mainan, setiap yang bercinta yang hanya berniat untuk main2, mereka juga boleh dikatakan tidak matang. Kenapa mereka berniat begitu? Adakah mereka pernah diperlakukan sebegitu?? Dan adakah mereka sekadar mencuba? Secara normal, TUHAN MAHA ADIL. Apa yang kita buat akan dibalas, jika baik, baik lah. Jika buruk, buruk la balasannya. Back to the topic, Alkesah. Aku dulunya adalah orang biasa yang baru nak belajar bercinta. Umur ku berusia 15 tahun, aku mula bercinta dengan seorang gadis satu kelasku juga. Pada awalnya, aku meminati dia kerana something yang kecil membuat aku menyukainya. Tetapi aku pon tidak pernah tau perasaan aku sendiri. Aku cuba untuk menghiburkan dia, dan dia senang denganku sambil ketawa denganku.Tapi, peristiwa yang tidak dapat ku lupa adalah sifatku sendiri yang membuat hubungan kami renggang.

Almaklum, permulaan pasti banyak kesilapan. Sifatku yang sering mendesak si dia yang membuat hubungan kami tidak semesra pasangan yang lain. Hubungan kami hanya bertahan sekadar 5-6 bulan sahaja. Yang mengecewakan aku adalah si dia tidak dapat menerima kesilapanku itu. Aku cuba berterus terang, aku yang mendesak bukan kerna aku xsuke. Tapi aku ingin diberi perhatian yang lebih. Si dia masih belum dapat menerimanya. Erm, yang lepas biarlah lepas, silapku juga. Aku membuat pilihan untuk berpindah ke asrama mulai umurku 16 tahun(Tingkatan 4). Ya, di sekolah teknik itu juga. Aku memulakan hidupku yang baru di sana. Dalam beberapa bulan, aku dihadiri seorang gadis yang agak alim. Aku cuba untuk mendekati kebaikan nya, dalam 9bulan perkenalan, aku mulai memahami perasaannya. Dia menerimaku, tetapi maklumlah, dia pon pertama kali bercinta. Si dia juga tidak biasa melayan karenah lelaki. Sehingga suatu mase si dia mengabaikan aku. Aku hanya dihubungi pada malam hari sebelum tidur. Lelaki seperti aku, perasaan tak menentu, mula berfikir macam2. Si dia xsuke la, ape la. Itula lelaki jika diabaikan.

Aku yang sedang diabaikan dengan xsemena2, muncul lagi seorang gadis yang agak peramah. Si dia ni pulak cuba menjaga hati aku. Lelaki yang kesedihan dihadiri perempuan yang mengambil berat. Ape yang berlaku? Mula untuk jatuh cinta pada masa yang sama. Semakin hari semakin akrab. Aku tidak punya jalan lain, melepaskan si gadis alim itu. Agak kecewa perasaan si dia kerana tingkahlaku ku. Aku bukan hendak berkata bosan dengan si dia, tetapi aku seperti tunggul yang tak bernyawa dimata dia. Apakah salah jalanku itu? Setibanya gadis ketiga ini dalam hatiku, kami berkenalan lebih rapat sehingga peperiksaan SPM tamat. Sungguh gembira hatiku ketika itu. Tapi, tak ku duga, aku terpilih sebagai pelatih PLKN di summerset resort. Hajat nak setia, tetapi hajatku dihancurkan. Aku cuba untuk setia, tetapi si dia yang berkaki tiga. Xcukup dua kaki, masih mencari kaki yang lain untuk berdiri. Kenape aku berkate begitu? Tidak ku sangka, dalam 3bulan sedang sibuk ku menjalani program PLKN tersebut, si dia mencari yang lain. Tidak puaskah dia untuk menyakiti hatiku? Mungkin hanya bila ku mati, dia akan berhenti menyakitiku. Tidak cukup menduakan aku, apabila ku tanya, masih lagi mahu menipu. Aku hanya berdiam diri sahaja. Sehinggalah tawaran Matrikulasi ku terima. “Adakah aku mainan mu wahai gadis???”

Niatku sekarang ingin melupakannya. Bermula kisah baru aku di matrikulasi itu. Aku adalah seorang ahli JPP (Jawatan Kuasa Perwakilan Pelajar) yang mane memegang jawatan biro kerohanian. Ya, selama ini memang aku pernah mengalami situasi ini. Memegang jawatan ketua surau malah ketua persatuan pelajar islam, jadi tidak janggallah untuk ku membuat kerja –kerja yang berat untuk ku menjalankan aktiviti kerohanian. Itu sebagai sampingan ku. Di matrikulasi, aku terkenal sebagai pembaiki laptop atau juruteknik kecil yang mana pelajar yang mempunyai masalah laptop, kebanyakkan nya mencari aku. Di situla mulanya hidupku untuk mencari rezeki bagi menampung perbelanjaanku. Hidupku sering sepi tanpa penyeri. Aku cube mencari juga mane2 yang aku berkenan disitu. Hatiku ditambat oleh dua gadis. Pada mulanya si gadis Kuala Lumpur ini menjadi sahabatku, tetapi aku hanyalah insan biasa yang sering melakukan kesilapan. Aku dibencinya kerana aku cuba mendekati dia. Aku hairan, mengapa hidup aku tidak disukai orang, salah ker kalau aku mengambil berat hal orang???

Aku terus mencuba melupakannya. Gadis seterusnya berasal dari Pahang. Sekelas denganku. Aku sememangnya rapat dengan dia. Hampir seperti adik beradik. Sehingga pertengahan semester aku mengenalinya, aku cuba untuk mendekatinya. Pada awalnya, si dia sememangnya mempunyai kekasih tetapi kekasih yang xseperti kekasih. Si dia menceritakan kisah silamnya, kekasihnya sangat kejam dengannya, memperlakukan si dia seperti mainan. Aku simpati dengan si dia. Aku cuba memberi kasih sayang ku padanya. Buat mase tu, dia masih menerima kasih sayang ku kerana pada ketika itu, aku lah lelaki yang paling rapat dengan si dia, dan baru sahaja putus cinta. Tetapi semua tu berakhir setelah dia mengetahui aku menyukai nya. Sejak kebelakangan itu, dia menjauhi aku, dia tidak mahu dicintai olehku. Mungkin si dia tidak menyayangi ku. Pernah diungkapkan yang si dia menganggap aku hanya sebagai abang angkatnya. Aku tahu, dia masih sayangkan kekasihnya. Perasaanku mulai kecewa ketika itu. Aku seperti mainan dia. Mencari aku ketika susah, melupakan ku ketika senang. Sehingga kini aku kesepian kerana hidupku dipermainkan oleh perempuan yang hanya menyayangi aku pada kata-kata. Mungkin aku xsempurna untuk sape2. Tapi untuk sekadar pengetahuan, aku berpegang pada kata-kataku. “Sesiapa yang setia denganku, akanku setia dengannya” Aku akan cuba bahagiakan sesiapa yang menjadi pasanganku. Pengalaman mengajarku untuk jadi lebih sempurna. Mungkin ini sebagai luahan hati, untuk menceritakan kisahku. Aku lebih rela hidup untuk orang, daripada aku hidup untuk diri sendiri. Gayaku, caraku, aku akan gembira jika sekeliling ku gembira walaupun aku sedang berduka. Aku cuba untuk menjadi seorang yang xpentingkan diri sendiri. Bukan untuk mencari simpati, tapi sekadar berkongsi.

Maafkan aku jika terkasar bahasa, kerana aku insan yang kurang sempurna. Pesanan ku, hanyalah kepada sesiapa yang hidup untuk diri sendiri, cubalah hidup untuk orang lain. Supaya yang lain gembira dengan kita. Dan mereka yang tidak dapat menghargai aku, terima kasih ku ucapkan serta aku sentiasa mendoakan kebahagiaan kalian. Satu sahaja yang hendak aku nyatakan......

AKU HAIRAN MENGAPA BILA AKU CUBA UNTUK MENGAMBIL BERAT HAL KORANG, TAPI MENGAPE KORANG XSUKE?? BUKAN KU XBANTU MALAH AKU CUBA SEDAYA UPAYA UNTUK MEMBANTU KORANG.... ADAKAH AKU INI SEMEMANGNYA TIDAK LAYAK UNTUK HADIR DALAM HIDUP KORANG???

TULISAN : KRULE